Hormati Pemandu Wanita Di Jalanraya.

16:02


Motif gambar : Saja nak tunjuk i pemandu berhemah pakai seat belt ketika memandu sambil camwhore. -.-"


Kalau cakap pasal pemandu wanita mesti selalu dengar stereotype ni.

" Hek eleh, patutlah lembab. Perempuan yang bawak"

" Oii, tak bagi signal, perempuan la tu"

" Tengok tu perempuan bawak, ikut rapat-rapat. Cucuk bro jangan tak cucuk!"

I mean, really?? Give us some credit lah.

I ada beberapa pengalaman di-harass oleh pemandu-pemandu lelaki dan mat rempit especially kalau drive sorang diri.

Pengalaman 1.

Ini kes "aku lelaki alpha male yang pantang dicabar". Masa nak keluar ke pekan Pilah, I overtook this one motor pastu agaknya ego lelaki darah panas baru nak up tak boleh kene potong, dia pintas kereta i balik lalu tunjukkan perangai babun. I mean, perlu ke kau nak buat zig zag, nak slowkan motor kau pastu nak himpit-himpit kereta orang only because i overtake your motor? Please.

Jadi tragedi ini berakhir di Balai Polis. Padan muka kau.

Pengalaman 2.

Ini perangai jenis apa pun i taktau lah, ingat jalan raya gelanggang Raja lawak ke? I was on a highway to Kl, and then this one car penuh dengan lelaki lalu sebelah kereta i. Lepastu driver dia keep showing me signs, waving at me tunjuk-tunjuk kereta i. I panicked a little bit, takut lah kalau tayar pecah ke, kereta berasap ke and maybe my panic expression was too obvious, rupa-rupanya mereka saja je nak buat lawak bodoh ke apa, satu kereta bantai gelak kat i.

I was like -_____-" apa motif kau buat perangai zaman batu ni? Just imagine masa driver tu tengah pandang-pandang kereta sebelah, tak pandang depan, pastu terlanggar kereta depan. You put yourself and others in danger. Don't be so oblivious, okay?

Pengalaman 3

Ini satu lagi perangai, tak sabar. Okay, i admit, female drivers ni memang kadang-kadang bawak kereta terlebih sopan slow kadang-kadang i pun stress. Maybe baru dapat lesen ke, phobia bawak laju ke, bawak baby pastu baby dia tengah menangis ke? Tak pernah ke terfikir semua tu?

Pernah sekali, hanya disebabkan I terperlahankan kereta masa nak potong satu kereta ni, kereta kat belakang i punya lah tak sabar nak potong jugak, lane highway untuk dua kereta, terpaksa sumbat tiga kereta. *mengucap*.Tau lah kau bawak BMW, tapi mati ke kalau tunggu kat belakang 10 saat?

Kepada pemandu wanita tegar seperti i diluar sana, jaga keselamatan diri anda ketika memandu, kalau boleh elakkan memandu secara solo. bahaya.

To all male drivers out there, i tau, tak semuanya buat perangai seperti pemandu-pemandu di atas, especially kawan-kawan lelaki i, semuanya pemandu berhemah belaka. But please, respect female drivers sebab kejadian-kejadian tak diingini mungkin boleh berlaku kepada ibu, kakak atau adik perempuan anda.

Renung-renungkanlah. Selamat beramal.

You Might Also Like

3 red shoes!

Stalkers